Oleh Wan23
Hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim baginda bersabda:
"Ditunjukkan kepadaku berbagai-bagai umat. Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut. Ada pula bersama dua pengikut. Ada yang bersama sekumpulan(kurang dari 10 orang). Ada pula nabi yang tiada seorang pun bersamanya..." Namun tidak ada nabi yang berubah prinsip kerana inginkan pengikut sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang. Lihat saja Nabi Nuh a.s"
Selepas membaca hadis di atas aku terus teringat kepada situasi di Perak. Bagaimana begitu mudah beberapa wakil rakyat menukar prinsip perjuangan hanya kerana inginkan kemewahan dunia. Sebagai seorang anak Perak, pergolakan politik yang terjadi amat memilukan dan mengundang pelbagai persoalan, tidak kurang juga dengan perasaan kecewa dan marah melihat amanat rakyat kepada wakil-wakil rakyat tersebut tidak lansung dihiraukan oleh mereka tatkala mereka bertindak mengkhianati rakyat.
Mungkin mereka ada sebab tersendiri untuk bertindak sedemikian, mungkin mereka benar-benar percaya dengan bertindak untuk menjadi wakil rakyat bebas dan memberikan sokongan kepada BN, rakyat akan lebih terbela nasibnya jika dibandingkan sekiranya mereka berkhidmat dibawah kerajaan PR. Mungkin juga mereka berbuat demikian atas nafsu yang inginkan kesenangan dunia yang melimpah ruah hinggakan 7 keturunan sekalipun tidak luak hartanya. Biar apa sekalipun alasan mereka , aku tidak kisah. Kerana aku tahu KEADILAN tidak akan mampu untuk disembunyikan buat selamanya, dan insyallah suatu hari nanti kita akan tahu sebab sebenar mereka.
Biarpun perit untuk ditelan, aku terima dengan keputusan mereka dan juga keputusan DYMM Sultan Perak yang mengarahkan Dato’ Seri Nizar serta seluruh anggota Exconya meletakkan jawatan dan melantik Menteri Besar yang baru dari BN. Aku percaya semua ini ada hikmahnya dan insyallah suatu hari nanti kita akan nampak hikmahnya. Mungkin juga dengan pemergian MP PAS Roslan Shaharom tuhan memberikan rakyat Perak peluang untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia dipihak manakah sokongan mereka berada. Barangkali Pilihan Raya Kecil yang bakal berlansung inilah yang akan menjadi titik permulaan baru kepada rakyat Perak untuk mencetus kembali gelombang reformasi yang mampu mereformasikan sistem politik negara dan menghapuskan idealogi politik BN yang sudah lapuk dan juga untuk meng-"exorcise" hantu-hantu yang telah lama berkuasa.
Sesungguhnya kita sedang menghadapi dugaan hebat dan pada saat inilah kita perlu bersabar dan seluruh rakyat Perak dan juga warga Malaysia perlu bersatu dan sekiranya kita terus teguh berpegang dengan prinsip kita dan tidak mudah mengalah memperjuangkan perjuangan kita tidak mustahil kita akan berjaya suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment